top of page

STEM

Apa Itu STEM?

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi

stem.jpeg
Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).
 

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.  Selain itu, dengan menggunakan konsep ‘real life’ atau Super Hero dalam aktiviti pembelajaran dapat membantu pelajar lebih mudah memahami topik pembelajaran yang biasa dipelajari di sekolah.  Ini kerana kebanyakan pelajar atau kanak-kanak amat menyukai belajar menggunakan visual video dan ‘project-based learning’.

Di samping itu, ramai pelajar kurang berminat untuk mengambil Aliran Sains Tulen semasa Tingkatan 4 & 5 iaitu statistik menujukkan penurunan iaitu hanya 17-19% sahaja yang mengambil aliran Sains berbanding target Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebanyak 60%.

Ini adalah kerana bagi mereka subjek tersebut agak susah untuk mereka faham serta kaitkan dalam kehidupan dan keputusan Sains dan Matematik mereka yang kurang memberansangkan semasa PT3.

Hal ini akan memberi perubahan kepada negara kerana kekurangan pelajar yang mempelajari subjek sains tulen di sekolah mahupun di universiti akan memberi kesan kepada industri dan teknologi di Malaysia pada masa hadapan.  Disebabkan itu Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

bottom of page