top of page

AKTIVITI TAHUN 2022

Program SIAP SIAGA Pembukaan Sekolah (4/1-6/1/2022)

Program Siap Siaga diadakan supaya semua murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan bersih

Program Sambutan Tahun Baru Cina

Sambutan Tahun Baru Cina diadakan dengan norma baru .  Akan tetapi, tradisi pemberian angpau dan pemberian mandarin cina serta sumbangan barang keperluan dapur untuk keluarga murid yang memerlukan tetap dijalankan di bawah bimbingan PK HEM SMKTP (Pn Chok Chai Loo)

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan telah dijalankan di bawah bimbingan PK HEM dari fasa 1 - fasa 4 (pengagihan secara bersemuka dalam kelas dan secara drive-thru) dengan licin

Pemulangan Buku Teks 2021 & Peminjaman Buku Teks 2022

Pemulangan buku teks untuk sesi 2021/2022 dan peminjaman buku teks untuk sesi 2022/2023 secara drive-thru dengan licin

Program Pembelian Buku Latihan , Kutipan Sumbangan PIBG dan Peminjaman Buku Teks Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu Tahun 2022

Program dijalankan sehari sebelum permulaan PDPR supaya semua pelajar baru dan pelajar peralihan naik tingkatan 1 ada buku teks dan buku tulis yang cukup untuk belajar di rumah.

Program Peningkatan Amalan Budi Bahasa

Pelancaran Program Peningkatan Amalan Budi Bahasa dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling pada 29/3/2022

Program Amalan Guru Penyayang

4/4/2022 merupakan hari pertama persekolahan sesi tahun 2022/2023 , semua pelajar yang hadir awal sebelum 7pm diberikan facemask ditajai oleh Bahagian HEM

Aktiviti My love Qur'an

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2022 :  My love qur'an (4 April - 28 April 2022) anjuran MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah) untuk npengisian waktu rehat

Aktiviti Putra Menyantuni Asnaf

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2022 :  Putra Menyantuni Asnaf (Sedekah / Zakat / Fidyah utk anak2 asnaf Putra) bermula dari 4 April sehingga 21 April 2022 anjuran MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah)

Aktiviti Tadarus KAA

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2022 :  Tadarus KAA (4 April - 21 April 2022) , Pelajar kelas 1, 2 dan 3 Lukman Hakim membaca 30 juzuk sepanjang ramadhan anjuran MAKDIS

Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2022 :  Ceramah sempena Nuzul Al-Quran diadakan pada 18 April 2022 anjuran MAKDIS

Aktiviti  Kad Ucapan Hari Raya Digital

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2022 :  Kad Ucapan Hari Raya Digital dibuat oleh pelajar SMKTP (10 April - 14 April 2022) anjuran MAKDIS

 Majlis Khatam  Al-Quran

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2022 :  Majlis Khatam Al-Quran (25 April) dijalankan lancar secara LIVE dengan kerjasama PGTV TEAM di bawah anjuran MAKDIS

Program Lambaian Aidilfitri

Program ini memeri peluang kepada pelajar Ting 6 memberi ucapan Aidil fitri kepada warga sekolah dan praperpisahan untuk Tingkatan 6 Atas Sem 3 yang akan tamat persekolahan pada 25 Mei 2022

 Ziarah cakna Ke Rumah Murid Bermasalah Kehadiran

Ziarah cakna guru bimbingan & Kaunseling ke rumah murid T2,4 dan 5 yang bermasalah kehadiran pada 28/4/2022 (Khamis)

 Aktiviti Rewang Bersama Seluruh Warga Putra

Aktiviti rewang bersama seluruh warga Putra untuk jamuan hari raya .

 Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah dijalankan dengan berjaya anjuran Unit HEM dan unit Kokurikulum dengan kerjasama PIBG dan koperasi .

Pelancaran Pencegahan Buli

Pelancaran Pencegahan Buli 2022 telah dijalankan waktu perhimpunan rasmi pertama (03.07.2022) anjuran Bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling & Unit Pencegah Jenayah

Program Pengasingan Sisa Makanan
photo_2022-07-03_10-42-39.jpg

Program pengasingan sisa makanan berjaya dijalankan di kawasan kantin sekolahdengan adanya kerjasama 100% daripada anak murid Putra yang hebat

Program Membudayakan Al-Quran
PhotoGrid_Plus_1658672347323.jpg

Program membudayakan Al-Quran berjaya dijalankan setiap hari Khamis di Dewan Putra dengan adanya kerjasama semua guru 

Program Penghayatan Nilai Murni Setiap Khamis
2022.07.21-5GH.png

Pelajar Cina 5GH bekerjasama sampaikan nilai menghargai jasa ibu bapa dengan nyanyian dan lakonan di bawah bimbingan cikgu Pn Koo, Cik Teh dan Pn Ee

Ceramah Motivasi Menengah Rendah

Ceramah Motivasi Menengah Rendah berjaya dijalankan pada 06.10.2022 di dataran wawasan SMKTP

Ceramah Motivasi Menengah Atas

Ceramah Motivasi Menengah Atas berjaya dijalankan pada 06.10.2022 di kawasan kantin SMKTP

Pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 
2022.10.06.2.jpg

Pelancaran Maulidur Rasul berjaya dijalankan di Dewan Putra.

Kem Motivasi Calon SPM
photo_2022-10-07_16-54-39.jpg

Pelaksanaan kem motivasi anjuran bersama jawatankuasa penghayatan nilai murni serta unit bimbingan & Kaunseling utk semua murid cina tingkatan 5 yang berlangsung pada 7/10/2022, pukul 8- 1 petang.

Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul

SMK Tunku Putra menyertai Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul pada 09.10.2022

Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran berjaya dilaksanakan demi keselamatan warga Putra

Program Amali Sembelihan

Murid-murid didedahkan ilmudan peluang untuk melakukan sembelihan dengan cara yang betul

Sambutan Tahun Baru Cina

Sambutan Tahun Baru Cina berjaya dijalankan di dewan terbuka SMKTP pada 28.01.2023

Pemberian Angpau kepada Calon Peperiksaan

Pemberian ang pau untuk anak SPM dan STPM oleh pentadbir sekolah

bottom of page