top of page

SEKAPUR SIREH DARI TUAN PENGETUA

pengetua 1.jpg

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Perpaduan .

 

Umum mengetahui, amalan pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Selaras dengan Gelombang 3 (2021-2025) iaitu MENGANJAK KE ARAH KECEMERLANGAN MELALUI PENINGKATAN TADBIR-URUS KENDIRI , DINAS PUTRA terus menjadi sumber rujukan dan panduan kepada warga pendidik dan kakitangan SMK Tunku Putra. Kandungan DINAS PUTRA yang lengkap dengan carta dan struktur organisasi merupakan kaedah pengagihan tugas yang seimbang dan mampu dilunaskan dengan penuh tanggungjawab oleh warga PUTRA. Panduan yang lengkap dan menyeluruh ini diharap akan membantu warga PUTRA untuk merancang, menyusun, melaksana, memantau dan menganalisis keberkesanan bagi setiap program sesuai dengan transformasi Pendidikan Abad ke-21.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, DINAS PUTRA dirangka supaya impian setiap warga PUTRA untuk mencapai visi “ ke arah peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid” benar-benar dapat direalisasikan. Selaras dengan visi sekolah, penekanan kepada aspek kualiti guru sudah tentu memainkan peranan yang amat penting. Oleh itu, semua warga PUTRA harus berusaha meningkatkan kualiti PdPc selain berganding bahu mencurahkan masa, tenaga, idea dan keintelektualan bagi memacu kecemerlangan sekolah dalam setiap aspek sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.

Abad ke-21 dipacu oleh ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, pertukaran maklumat yang pantas dan kederasan arus teknologi komunikasi yang menghendaki sistem pendidikan baru di seluruh dunia. Pada abad ke-21, pendidikan semestinya berfokus kepada usaha untuk membentuk modul insan secara menyeluruh dari segi moral, intelektual, fizikal, sosial dan astetik. Pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran baru bagi memastikan survival dan kejayaan, selaku individu, anggota masyarakat dan rakyat bagi sebuah negara,  justeru, pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah landskap warganya ke arah pencapaian yang berintegriti, berkesan dan cemerlang.

 

 

Akhir kata, diharapkan SMK TUNKU PUTRA akan dapat melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi, kreatif, dan inovatif bertepatan dengan slogan ‘PUTRA NAMAMU TERATAS’

                                                                    

(HJ AHMAD FADZIL BIN YA’ANI)

Pengetua SMK Tunku Putra

bottom of page